Bolehland-06
Bolehland-04
Bolehland-03
Bolehland-05
Bolehland-01
Sabah Tanah Airku
Poster ini sempena menyambut kemerdekaan Negara Sabah pada 31 Ogos 1963 dari jajahan koloni British.
Beads Not Dead
Poster ini terinspirasi dari seorang pembuat manik di negeri Sabah Cik Eleanor Goroh. Beliau memperjuangkan seni membuat manik tradisi ini sebagai satu kesedaran kepada masyarakat agar ianya tidak hilang ditelan zaman.
Sinalau Bakas
Sinalau Bakas dalam bahasa kaum dusun bermaksud ‘Babi hutan salai’. Ia sangat popular dan boleh ditemui disepanjang jalan menuju ke Kundasang. Poster ini merujuk pada kos mendaki gunung kinabalu yang semakin mahal. Ini adalah kesan pengambilalihan oleh syarikat swasta. Ini sedikit sebanyak menutup peluang orang tempatan sendiri menikmati keindahannya.
Kirai Asli Original
Daun kirai ialah pembalut tembakau ataupun sigup untuk dijadikan rokok. Daun kirai adalah pucuk daun nipah yang telah dijemur kering.
Sigup Nenek
‘Sigup’ bermaksud tembakau. Ia biasa dijual oleh nenek-nenek di pasar,kaki lima dan tamu. Poster ini sebagai pesanan ringkas kepada pembeli tempatan yang banyak mempersoalkan tentang masalah penjualan rokok seludup tetapi tidak pula membeli sigup nenek sendiri.